photo_2024-06-10_15-14-38

Bengkel Teknik Copywriting Tingkatkan Kemahiran Kreatif dalam Penulisan 

NILAI, Rabu, 15 Mei 2024 – Pusat Kemajuan Profesional dan Pendidikan Berterusan (USIM PACE) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan Bengkel Teknik Copywriting dengan tujuan meningkatkan kemahiran teknik penulisan copywriting di kalangan staf universiti. 

Bengkel yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM. Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah YBrs. Dr. Engku Muhammad Syafiq Engku Safruddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, yang telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam bidang penulisan copywriting. 

Bengkel ini difokuskan kepada peningkatan kecekapan bahasa dan strategi penulisan yang berkesan bagi peserta. Peserta bengkel terdiri dari staf akademik dan pentadbiran USIM, yang berpeluang meningkatkan kemahiran penulisan mereka untuk kegunaan dalam penulisan maklumat akademik, pengurusan projek, dan komunikasi profesional. 

Semua peserta dijemput hadir untuk mengambil bahagian dalam bengkel ini, dan segala perhatian serta kerjasama yang diberikan amat dihargai. Program seumpama ini dijangka memberi impak positif kepada pembangunan kemahiran berkomunikasi serta penulisan staf universiti, serta membantu memperkukuhkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di USIM.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *