USIM PACE: MENINGKATKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN KEMAJUAN PROFESIONAL
Penubuhan USIM PACE adalah selari dengan pelan strategik USIM dalam membina dan mengekalkan kelestarian perhubungan strategik antara USIM dengan institusi pengajian tinggi, industri dan masyarakat luar. Di samping turut memberi impak kepada imej USIM dalam negara dan di persada antarabangsa. USIM PACE berperanan untuk menggerakkan pakar-pakar di USIM dengan melahirkan graduan yang berintegrasi Ilmu Naqli dan Aqli selari dengan MISI dan VISI USIM.